"Cintailah Dia, beramallah demi-Nya, bukan demi yang lain
selain Dia. Takutlah kepada-Nya, jangan kepada yang lain. Semuanya itu dengan
hati, bukan dengan cakapan mulut. Itu semua ada dalam khalwat (bathin), bukan
dalam jalwat (lahiriah). Jika tauhid di ambang pintu rumah, ternyata syirik
bersemayam di dalamnya, maka demikian itu adalah “nifaq” (hipokrit).
Hindarilah taqwa di mulut, liar di hati, syukur di lisan dan ingkar di hati. Celaka jika ucapan mulut tidak sama dengan qalbumu".
Hindarilah taqwa di mulut, liar di hati, syukur di lisan dan ingkar di hati. Celaka jika ucapan mulut tidak sama dengan qalbumu".
“Jadilah engkau orang yang berakal, dan janganlah jadi
pendusta. Kau mengatakan, “Saya ini takut kepada Allah SWT", tetapi engkau
justeru takut kepada selain-Nya. Janganlah engkau takut kepada jin, manusia dan
malaikat. Janganlah takut kepada haiwan, baik yang dapat berbicara mahupun yang
bisu. Juga jangan takut kepada siksaan dunia mahupun akhirat, tetapi takutlah
kepada Zat yang menyiksa.”
“Ilmu pengatahuan itu tidak bermanfaat apabila tidak
diamalkan. Dalam kegelapan, kamu memerlukan sedikit sinar, iaitu hukum Allah
yang harus diamalkan hari demi hari, tahun demi tahun sehingga buahnya dapat
kamu nikmati.”
“Bila qalbu seorang hamba telah sampai (wusyul) kepada
Tuhannya, maka Dia menjadikan hamba itu selalu memerlukanNya, mendekati diri
kepadaNya, memberikan kedudukan tinggi kepadaNya.”
“Orang mukmin yang berjiwa qanaah hanya perlu sedikit saja
harta dunia. Ia masuk ke ribaan Tuhannya dengan mengajukan permintaan,
permohonan, tawadhuk dan taubat kepadaNya. Bila diberi sesuatu yang ia
inginkan, ia bersyukur kepada Allah SWT atas pemberiannNya itu. Bila tidak, ia
sabar menerima apa-apa yang menjadi iradahNya, tanpa mengajukan protes dan
tanpa menentang. Ia tidak menuntut kekayaan dengan cara menjual agamanya,
menampilkan sikap riak dan nifaq, seperti yang kau lakukan hai orang hipokrit.”
http://sitik.wordpress.com/category/tasawuf/mutiara-kata-syeikh-abdul-qadir-al-jailani
Petikan buku: Al-Fath Ar-Rabbani (Hakikat Pengabdian).
-Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani-
No comments:
Post a Comment