Siyasah Syar‘iyyah & Tahalluf Siyasiyy Di Malaysia: Satu Analisis Kritikal (Siri 2)
Siyasah Syar‘iyyah Dan Tahalluf Siyasiyy Di Kalangan Parti
Politik Ummat Islam Malaysia: Satu Analisis Kritikal
Asas hubungan antara Islam dengan kufur
Asas hubungan antara Islam dan kafir ialah berdasarkan
al-bara’ (lakum dinukum waliyadin).
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil
orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi ‘orang dalam’ (yang
dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana
kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda)
kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati
mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu
keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.” (Ali-’Imraan:
118)
“Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang
kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan
sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat
perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri
daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan
Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan dirinya
(menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali.” (Ali-’Imraan:
28)
“Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan
(sehingga) menjadilah agama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata.
Kemudian jika mereka berhenti (dari kekufurannya dan gangguannya, nescaya
mereka diberikan balasan yang baik) kerana sesungguhnya Allah Maha Melihat akan
apa yang mereka kerjakan.” (Al-Anfaal: 39)
“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku
adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan
tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi
orang-orang yang berlaku adil.”
( Al-Mumtahanah: 8 )
( Al-Mumtahanah: 8 )
Ini memberi makna bahawa tiada apa-apa hubungan antara orang
Islam dan orang kafir yang sama dengan hubungan antara orang Islam dengan orang
Islam. Tahaluf siyasi yang kita bincangkan sekarang adalah dalam kategori
pengecualian. Paling tinggi hukum tahaluf ialah harus tidak lebih dari itu.
Al-Aslu orang Islam mesti perkukuhkan hubungan sesama Islam sehingga kalimah
Allah menjadi yang tertinggi.
“Orang kafir setengah mereka menjadi wali kepada setengah
yang lain, jika kamu tidak melakukan seperti mereka akan terjadilah fitnah di
atas muka bumi dan kerosakan yang besar”
Tahaluf siyasisyar’i dari sudut pengertian dan hukum
Tahaluf siyasi boleh diterjemahkan dengan maksud kerjasama
politik. Untuk mengetahui hukum tahaluf siyasi di sisi Islam, ulama memecahkan
maksud tahaluf kepada dua komponen iaitu;
Pertama: meminta bantuan dari orang kafir dan Kedua orang Islam membantu orang kafir. Tahaluf adalah kelakuan imbal balas antara dua pihak, orang Islam minta bantuan dengan orang kafir dan orang Islam memberi bantuan kepada orang kafir, berlaku di sana realiti tolong menolong. Satu segi kita minta tolong dan satu segi lagi kita menolong.
Pertama: meminta bantuan dari orang kafir dan Kedua orang Islam membantu orang kafir. Tahaluf adalah kelakuan imbal balas antara dua pihak, orang Islam minta bantuan dengan orang kafir dan orang Islam memberi bantuan kepada orang kafir, berlaku di sana realiti tolong menolong. Satu segi kita minta tolong dan satu segi lagi kita menolong.
Menurut Ahmad Rasyid (313), al-hilfu adalah
tindakan imbal balas antara dua pihak. Satu pihak kita meminta tolong dari
orang lain dan pada satu pihak yang lain kita menolong orang lain berdasarkan
keperluan kita dan keperluan sekutu kita. Oleh itu saya berpendapat bahawa
sighah al-tafa’ul lebih layak untuk mengungkap maksudnya. Dengan kita
sebut al-tahaluf, sighah akan menunjukkan wujud tindak balas dua hala.
Hukum minta tolong daripada orang kafir
Berikut adalah nas-nas yangberkaitan dengan tahaluf siyasi:
Kumpulan hadis yang melarang
Hadis pertama:
قال البيهقي
أَخْبَرَنَاأَبُوعَبْدِاللَّهِالْحَافِظُحَدَّثَنَاأَبُوالْعَبَّاسِ :
مُحَمَّدُبْنُيَعْقُوبَحَدَّثَنَامُحَمَّدُبْنُعَبْدِاللَّهِبْنِعَبْدِالْحَكَمِأَخْبَرَنَاابْنُوَهْبٍأَخْبَرَنِىمَالِكُبْنُأَنَسٍعَنِالْفُضَيْلِبْنِأَبِىعَبْدِاللَّهِعَنْعَبْدِاللَّهِبْنِنِيَارٍعَنْعُرْوَةَبْنِالزُّبَيْرِعَنْعَائِشَةَرَضِىَاللَّهُعَنْهَاقَالَتْ
: لَمَّاخَرَجَرَسُولُاللَّهِ–صلىاللهعليهوسلم-
قِبَلَبَدْرٍفَلَمَّاكَانَبِحَرَّةِالْوَبَرَةِأَدْرَكَهُرَجُلٌقَدْكَانَيُذْكَرُمِنْهُجُرْأَةٌوَنَجْدَةٌفَفَرِحَأَصْحَابُرَسُولِاللَّهِ–صلىاللهعليهوسلم-
حِينَرَأَوْهُفَلَمَّاأَدْرَكَهُقَالَ :
يَارَسُولَاللَّهِجِئْتُلأَتَّبِعَكَوَأُصِيبَمَعَكَ.
فَقَالَلَهُرَسُولُاللَّهِ–صلىاللهعليهوسلم-
:«تُؤْمِنُبِاللَّهِوَرَسُولِهِ؟»قَالَ : لاَ. قَالَ
:«فَارْجِعْفَلَنْأَسْتَعِينَبِمُشْرِكٍ»قَالَ :
ثُمَّمَضَىحَتَّىإِذَاكَانَتِالشَّجَرَةُأَدْرَكَهُالرَّجُلُفَقَالَلَهُكَمَاقَالَأَوَّلَمَرَّةٍفَقَالَلَهُالنَّبِىُّ–صلىاللهعليهوسلم-
كَمَاقَالَأَوَّلَمَرَّةٍقَالَلاَقَالَفَارْجِعْفَلَنْأَسْتَعِينَبِمُشْرِكٍقَالَتْفَرَجَعَثُمَّأَدْرَكَهُبِالْبَيْدَاءِفَقَالَلَهُكَمَاقَالَأَوَّلَمَرَّةٍ
:«تُؤْمِنُبِاللَّهِوَرَسُولِهِ؟»قَالَ : نَعَمْ.
فَقَالَرَسُولُاللَّهِ–صلىاللهعليهوسلم- :«فَانْطَلِقْ»
كتاب سنن البيهقي في باب ما جاء في الاستعانة
Hadis kedua:
قال البيهقي
وَأَخْبَرَنَاأَبُوعَبْدِاللَّهِالْحَافِظُحَدَّثَنَامُكْرَمُبْنُأَحْمَدَالْقَاضِىحَدَّثَنَاعَبْدُاللَّهِبْنُرَوْحٍالْمَدَائِنِىُّحَدَّثَنَايَزِيدُبْنُهَارُونَأَخْبَرَنَاالْمُسْتَلِمُبْنُسَعِيدٍالثَّقَفِىُّعَنْخُبَيْبِبْنِعَبْدِالرَّحْمَنِعَنْأَبِيهِعَنْجَدِّهِقَالَ
: خَرَجَرَسُولُاللَّهِ–صلىاللهعليهوسلم-
فِىبَعْضِغَزَوَاتِهِفَأَتَيْتُهُأَنَاوَرَجُلٌقَبْلَأَنْنُسْلِمَفَقُلْنَا :
إِنَّانَسْتَحِىأَنْيَشْهَدَقَوْمُنَامَشْهَدًافَلاَنَشْهَدُهُقَالَ
:«أَسْلَمْتُمَا؟»قُلْنَا : لاَ. قَالَ :«فَإِنَّالاَنَسْتَعِينُبِالْمُشْرِكِينَعَلَىالْمُشْرِكِينَ».
فَأَسْلَمْنَاوَشَهِدْنَا.
كتاب سنن البيهقي في باب ما جاء في الاستعانة
Hadis ketiga:
قال البيهقي
وَقَدْأَخْبَرَنَامُحَمَّدُبْنُعَبْدِاللَّهِالْحَافِظُأَخْبَرَنِىأَحْمَدُبْنُمُحَمَّدٍالْعَنَزِىُّحَدَّثَنَاعُثْمَانُبْنُسَعِيدٍالدَّارِمِىُّحَدَّثَنَايُوسُفُبْنُعَمْرٍوالْمَرْوَزِىُّحَدَّثَنَاالْفَضْلُبْنُمُوسَىالسِّينَانِىُّعَنْمُحَمَّدِبْنِعَمْرٍوعَنْسَعِيدِبْنِالْمُنْذِرِعَنْأَبِىحُمَيْدٍالسَّاعِدِىِّرَضِىَاللَّهُعَنْهُقَالَ
: خَرَجَرَسُولُاللَّهِ -صلىاللهعليهوسلم-
حَتَّىإِذَاخَلَّفَثَنِيَّةَالْوَدَاعِإِذَاكَتِيبَةٌقَالَ
:«مَنْهَؤُلاَءِ؟»قَالُوا : بَنِىقَيْنُقَاعَوَهُوَرَهْطُعَبْدِاللَّهِبْنِسَلاَمٍ.
قَالَ :«وَأَسْلَمُوا؟»قَالُوا :
لاَبَلْهُمْعَلَىدِينِهِمْ. قَالَ
:«قُلْلَهُمْفَلْيَرْجِعُوافَإِنَّالاَنَسْتَعِينُبِالْمُشْرِكِينَ»هَذَاالإِسْنَادُأَصَحُّ.
كتاب سنن البيهقي في باب ما جاء في الاستعانة
Kumpulan
hadis yang mengharuskan:
1. Meminta tolong
di dalam perang Hunain
أخبرناالحسنبنيعقوببنيوسفالعدل،ثنايحيىبنأبيطالب،ثنايزيدبنهارون،أنبأشريك،عنعبدالعزيزبنرفيع،عنأميةبنصفوانبنأمية،عنأبيه،أنالنبيصلىاللهعليهوسلماستعارمنهأدرعايومحنينفقال
: أغصبيامحمد؟قال : «لا،بلعاريةمضمونة»«ولهشاهدعنابنعباسرضياللهعنهما» رواه الحاكم
في المستدرك.
أَنّالْإِمَامَلَهُأَنْيَسْتَعِيرَسِلَاحَالْمُشْرِكِينَوَعُدّتَهُمْلِقِتَالِعَدُوّهِكَمَااسْتَعَارَرَسُولُاللّهِصَلّىاللّهُعَلَيْهِوَسَلّمَأَدْرَاعَصَفْوَانَوَهُوَيَوْمَئِذٍمُشْرِكٌ
(قول ابن القيم الجوزي في زاد المعاد 2/190)
2. Nabi meminta
tolong pengintip yang kafir
أَنّالِاسْتِعَانَةَبِالْمُشْرِكِالْمَأْمُونِفِيالْجِهَادِجَائِزَةٌعِنْدَالْحَاجَةِلِأَنّعَيْنَهُالْخُزَاعِيّكَانَكَافِرًاإذْذَاكَوَفِيهِمِنْالْمَصْلَحَةِأَنّهُأَقْرَبُإلَىاخْتِلَاطِهِبِالْعَدُوّوَأَخْذِهِأَخْبَارَهُمْ(قول
ابن القيم الجوزي في زاد المعاد 2/127)
3. Nabi meminta tolong orang Yahudi (ada 3 hadis)
1. عنأبييوسفقال :
أخبرناالحسنبنعمارة،عنالحكم،عنمقسم،عنابنعباس،أنهقال :
استعانرسولاللهصلىاللهعليهوسلمبيهودقينقاع (كتاب الرد على سير الأوزعي)
2. عن قتيبةبنسعيدقال
أخبرناعبدالوارثبنسعيدعنعروةبنثابتعنالزهريأنالنبيصلىاللهعليهوسلمأسهملقوممناليهودقاتلوامعه
(رواه الترمذي)
3.
أَخْبَرَنَاأَبُوعَبْدِاللَّهِالْحَافِظُأَخْبَرَنَاأَبُوالْوَلِيدِالْفَقِيهُحَدَّثَنَامُحَمَّدُبْنُأَحْمَدَبْنِزُهَيْرٍحَدَّثَنَاعَبْدُاللَّهِبْنُهَاشِمٍعَنْوَكِيعٍعَنِالْحَسَنِبْنِصَالِحٍعَنِالشَّيْبَانِىِّ
:
أَنَّسَعْدَبْنَمَالِكٍرَضِىَاللَّهُعَنْهُغَزَابِقَوْمٍمِنَالْيَهُودِفَرَضَخَلَهُمْ
(البيهقي 9/27)
Terdapat percanggahan antara zahir hadis-hadis di atas,
sebahagian hadis memberi makna haram dan sebahagian hadis memberi makna harus.
Ini menyebabkan ulama telah berselisih pendapat kepada dua golongan:
Pendapat yang mengharamkan tahaluf secara mutlak
Pihak yang mengharuskan secara bersyarat dan menganggap ia
adalah termasuk dalam tindak-tanduk imam berdasarkan maslahah.
Pendapat yang pertama
Pendapat kebanyakan ulama, mereka berhujah dengan
hadis-hadis sahih yang menyebut: Aku tidak minta tolong daripada orang kafir.
Pendapat yang kedua
Pendapat dari Mazhab Hanafi yang mengatakan bahawa tahaluf
adalah termasuk dalam urusan pemerintah. Namun telah mengetatkan syarat tahaluf
antaranya:
Hendaklah hukum Islam yang dominan (Syarbini)
Orang kafir boleh dipercayai (al-Hazimi)
Mereka tidak berada di saf hadapan (Maliki)
Mereka adalah golongan yang minoriti (al-Hazimi)
Orang kafir ada manfaat khusus
Al-Rashid menfatwakan bahawa tidak harus tahauf dengan orang
kafir dalam bab qital (peperangan) tetapi harus tahalusf siasi dengan
syarat-syarat yang disebutkan.
Membantu orang kafir
Dalam hal ini Sheikh al-Rasyid menyebut dua kaedah:
1- Haram bagi muslim berperang dalam saf menyebelahi pihak
kafir menentang golongan muslimin yang lain dan haram juga meramaikan bilangan
mereka jika dia menyebelahi pihak kafir walaupun ia tidak berperang atau
memanah. Beliau memetik firman Allah s.w.t di dalam Surah An-Nisa’ ayat 97 yang
bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh
malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah
untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya
oleh malaikat dengan berkata: “Apakah yang kamu telah lakukan mengenai agama
kamu?” Mereka menjawab: “Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di
bumi”. Malaikat bertanya lagi: “Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan
kamu berhijrah dengan bebas padanya?” Maka orang-orang yang sedemikian itu
keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam, dan neraka jahanam itu
adalah seburuk-buruk tempat kembali.”
Dalam sahih Bukhari, dari Ikrimah menjelaskan: Ibn Abbas
memberitahuku tentang ada kalangan orang-orang Islam yang bersama orang-orang
musyrikin bagi menambahkan bilangan mereka untuk menentang Rasulullah s.a.w.
yang datang membawa panah dan memanahkannya sehingga salah seorang daripada
mereka tercedera dan terbunuh dalam peperangan tersebut. Turunlah ayat al-Quran
yang membicarakan soal itu. “Sesungguhnya orang yang dimatikan oleh malaikat
menzalimi diri mereka”. Dalam ayat itu Allah mencela mereka yang meramaikan
bilangan orang musyrikin walaupun hati mereka tidak bersetuju dengan mereka.
2- Fatwa tidak harus seorang muslim itu berada dalam saf non
muslim bagi memerangi non muslim yang lain melainkan terpaksa atau darurat
seperti diugut bunuh, begitu juga tidak harus berada dalam safkhawarij bagi
memerangi khawarij yang lain melainkan darurat, harus berada dalam
saf khawarij bagi memerangi non muslim.
Tahaluf siasi dan ijtihad maslahi
Tahaluf siasi atau kerjasama politik adalah sebahagian dari
tidak tanduk imam atau pemerintah Islam. Tahaluf adalah sebahagian dari dasar
hubungan luar yang wujud dalam Islam. Selain dari tahaluf, kaedah lain yang
sering digunakan ialah hudnah iaitu gencatan senjata dan juga kaedah musolahah
/ muwadaah yakni perdamaian. Setiap satu kaedah mengikut situasi tertentu,
pemerintah secara asas boleh menggunakan salah satu kaedah ini sesuai dengan
keadaan dan maslahah untuk umat Islam mengikut syarat-syarat yang ditetapkan
oleh ulama.
Masalah ini bersamaan dengan hukum tawanan perang. Pemerintah
boleh memilih antara perang, damai (gencatan senjata), musolahah dan tahaluf.
Berkata Ibnu Qayyim (Zadul Ma’ad 266); “Adalah Rasulullah
s.a.w membebaskan setengah mereka (tawanan perang) dan membunuh setengah yang
lain, mengambil tebusan dari setengah yang lain dengan harta dan setengahnya
dengan tawanan Islam. Baginda lakukan semua itu berdasarkan maslahah”.
Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman,
Presiden,
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Blog: Perjalananku
Presiden,
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Blog: Perjalananku
* Kertas kerja ‘Siyasah Syar‘iyyah Dan Tahalluf Siyasiyy Di
Kalangan Parti Politik Ummat Islam Malaysia: Satu Analisis Kritikal’ ini telah
dibentangkan di Wacana Pemikiran & Peradaban Ummah yang bertemakan Siyasah
Syar’iyyah Dalam Konteks Religio-Politik Semasa Malaysia pada 12 November 2011.