Wanita Menjatuhkan Maruah Manusia.
Wanita jadi senjata ampuh iblis jatuhkan maruah manusia
Oleh Ibrahim Abdullah
AL-QURAN dan hadis merakamkan kisah nyata mengenai fitnah dan angkara murka disebabkan wanita. Pelakunya ialah iblis berserta tentera yang menjalankan watak dan jiwa kotor untuk menjatuhkan manusia.
Iblis selalu mengintip aurat dan keburukan sifat manusia. Iblis menanggalkan pakaian Nabi Adam dan isterinya, Siti Hawa di syurga.
Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya wanita itu menghadap ke muka (datang) dalam bentuk syaitan dan ke belakang (pergi) dalam bentuk syaitan.” (Hadis riwayat Muslim).
Mujahid Rahimahullah berkata:
“Ketika perempuan menghadap ke depan (datang), maka syaitan duduk di atas kepalanya lalu menghiasinya untuk orang yang melihat dan ketika perempuan itu menghadap ke belakang (pergi), syaitan duduk di belakangnya lalu ia memperindahnya untuk orang yang melihatnya". (Al-Qurtubi, al-Jami'li- Ahkamil Quran).
Rasulullah juga memperingatkan dengan sabdanya bermaksud:
“Sesungguhnya dunia manis lagi hijau dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu khalifah di bumi, lalu Allah mengawasi bagaimana kamu berbuat. Maka jaga dirimu mengenai dunia dan jaga dirimu mengenai wanita. Sesungguhnya bencana bani Israel ialah dalam hal wanita.” (Hadis riwayat Muslim, kitab Riqaq).
Sabda Nabi dalam kitab Sahihain bermaksud:
“Aku tidak meninggalkan fitnah bencana yang lebih berbahaya atas kaum lelaki (selain bahaya fitnah) daripada perempuan.” (Al-Fath, hadis riwayat Muslim).
Sudah menjadi rahsia umum, ada projek dilancarkan pengurusannya menggunakan umpan wanita. Itu praktik iblis dan syaitan. Pada zaman Nabi dan sahabat pun tidak terlepas serta terjebak daripada projek syaitan melalui wanita untuk menjatuhkan maruah manusia. Hadis mengenai wanita kadangkala panjang kerana tidak lain wanita paling ramai jadi pengikut syaitan terkutuk.
Sebab itu Nabi mengkhabarkan bahawa wanita paling ramai menghuni neraka kerana mengikuti iblis dan tenteranya. Tiada manusia mengikuti iblis melainkan ia sudah menguasai mereka. Iblis tidak akan menguasai mereka melainkan dengan banyaknya berlaku maksiat dan dosa.
Sedangkan kekuasaan iblis dan tenteranya dengan cara menganggap indah dan bagus dosa dan maksiat yang dilakukan manusia. Al-Quran merakamkan contoh bencana dan fitnah melalui wanita. Firman Allah bermaksud: “Dan adalah di kota itu, sembilan lelaki yang membuat kerosakan di muka bumi dan mereka tidak berbuat kebaikan.” (Surah an-Naml, ayat 48).
Dalam surah ini, Allah menceritakan kaum Nabi Salleh berusaha untuk membunuh unta baginda. Mereka membunuh unta itu disebabkan propaganda wanita yang bernama Mashro. Riwayat menyatakan wanita itu juga melemparkan panah dan melekat pada tulang kaki unta menyebabkan haiwan itu terbunuh. (Tafsir at-Tabari).
Mashro ialah isteri pemimpin, sedangkan yang lain penyokong Mashro dan pemimpin kabilah Nabi Salleh. Jadi mereka ialah golongan elit yang terkenal.
Terjadi fitnah wanita itu sebagai jalan masuk iblis kepada pembesar dan iblis bersama mereka untuk membunuh unta Nabi Salleh yang menjadi ayat (tanda) Allah.
Allah juga memperingatkan kisah Nabi Yusuf dalam al-Quran dan kisah nabi lain mengenai fitnah wanita untuk dijadikan iktibar sepanjang zaman. Dengan aksi iblis jahat melalui wanita dan skandal seks sentiasa menjadi cerita besar dan penting menghiasi kecenderungan kehidupan umat manusia, apa lagi membabitkan pemimpin dan orang ternama sepanjang zaman.
Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya pada kisah mereka itu (anbiya) ada pengajaran (iktibar) bagi orang yang mempunyai akal fikiran.” (Surah Yusuf, ayat 111).
Petikan Berita Harian Jumaat 08/04/2011
Ada baik dibaca juga.....
-
Papan Tanda Surau
-
Papan tanda Surau At Tarbiyah, Bandar Enstek, Negeri Sembilan.
1 week ago
-
-
Alhamdulillah syukur di atas pembukaan *Kapal Dive Lodge* dibawah selian *Ustaz
Muhamad bin Abdullah* atau lebih dikenali sebagai *Ustaz Amin* yang
bert...
2 years ago
-
RABITAH - BIMBINGAN BERTERUSAN BAGI SI MURID
-
Syeikh Ibnu 'Athaillah Al-Sakandari RA berkata di dalam kitabnya Lathaiful
Ma'arif:Beliau pernah berujar kepada beberapa orang ikhwannya bahawa beliau
memp...
3 years ago
-
Nama dan sifat Allah pada Nabi
-
Nama dan sifat Allah pada Nabi
1. Menurut para ulama, ada dua nama Allah yang diberikan kepada Nabi
Muhammad salallahualaihiwassalam dan tidak diberi ...
3 years ago
-
Kongres Cina: Berani kata tak serang kaum lain? Kepala bapak kau!
-
*Kongres Cina: Berani kata tak serang kaum lain? Kepala bapak kau!*
*'Jika saya ada kuasa, sudah lama saya tarik kerakyatan pengkhianat ini*
*JADILAH Cina...
4 years ago
-
WANITA HEBAT
-
🌸WANITA HEBAT🌸
🎀 Wanita hebat bukan karena dia cantik
🎀 Wanita hebat bukan karena dia kaya
🎀 Wanita hebat bukan karena dia pintar
🎀 Dan bukan pula kar...
7 years ago
-
SENARAI GRADUAN SESI 2016
-
*SENARAI PELAJAR YANG AKAN DIIJAZAHKAN DI MAJLIS PENGIJAZAHAN DARUSSYIFA'
PADA 25-DIS-2016 (AHAD).*
Kepada pelajar Pengubatan Islam Darussyifa' Bangi Kumpu...
7 years ago
-
Hadis-hadis Sahih Fadilat-fadilat Surah Al-Ikhlas.
-
HADITS-HADITS YANG MENERANGKAN KEUTAMAAN SURAT AL-IKHLAS
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ {1} اللَّهُ الصَّمَدُ {2} لَمْ يَلِدْ...
8 years ago
-
Keutamaan Mengajar
-
Ayat-ayat al-Qur'an mengenai keutamaan mengajar ini ialah antaranya firman
Allah Ta'ala:
"Hendaklah mereka memberikan peringatan kepada kaumnya, apabila te...
8 years ago
-
Kelebihan Jadi AHLI RCC
-
Assalamualaikum..
:)
Senyum tanda bersyukur kerana akhiranya pada hari ini diberikan peluang
untuk meneruskan penulisan disini.
Terlalu banyak perkara be...
9 years ago
-
Nabi Idris a.s
-
Nabi Idris adalah keturunan keenam daripada nabi Adam. Nama baginda ialah
Idris bin Mahlail bin Qinan bin Anusy bin Syits bin Adam dan nama
sebenarnya ia...
11 years ago
-
Akibat Buruk Sangka.
-
*Akibat Buruk Sangka*
Cerita kucing nie lagi sedih tau. Bacalah dengan penuh penghayatan.
Emm..ana pun menangis bace cerita nie..huhu :(
Malam itu huj...
11 years ago
-
Kebenaran Islam Mengenai Kucing
-
Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah
najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman
kucing.
...
11 years ago
-
Sehari bersamanya..
-
*ﺑﹻﺴﹿﻢﹺ ٱﷲﹺ ٱﻟﺮﱠﺣْﻣﹷﻦ ٱﻟﺮﱠﺣﹻﻴﹿﻢﹺ*
*Segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian alam,selawat dan salam atas
junjungan Nabi Muhammad S.A.W serta atas keluarga da...
12 years ago
-
USIA OH USIA....
-
*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*
Sekiranya ajal tiba, usia kita tidak mungkin akan di TOPUP oleh ALLAH SWT
walau menitis air mata darah sekalipun. Ini je...
12 years ago
-
Allah Maha Menyayangi ..
-
Cara Allah Menyayangi Hamba-Nya ( Yang Tidak Difahami Banyak Orang )
*Semuga Artikel ini memberikan manafaat kepada diri ku dan para pembaca
sekalian .. a...
12 years ago
-
Ayyuhal Walad dan aku.
-
Malam ni ada majlis khatam kitab Ayyuhal Walad. Sungguh aku rasa majlis
yang "not doing it justice" orang putih kata. Maksud aku,ia boleh jadi
lebih grand ...
12 years ago
-
Dahsyatnya Tenaga DOA
-
Doa merupakan kekuatan dan tenaga yang tiada taranya kerana ia berhubung
dengan Zat Yang Maha Kuasa. Doa bagi seorang mukmin adalah senjata
(wasilah) ker...
12 years ago
-
Manusia di Akhir Zaman
-
Di akhir zaman:Islam hanya tinggal nama
ALANGKAH bahagianya jika kita ditakdirkan lahir dan berada pada zaman
kegemilangan Islam bersama dengan Rasululla...
13 years ago
-
-
-
No comments:
Post a Comment