Hadith Berkaitan Solat



Hadith berkaitan Solat

Dari Abu Hurairah r.a Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Muadzin itu mendapat ampunan sejauh suaranya itu (terdengar) dan semua makhluk hidup dan benda mati akan menjadi saksi baginya dan orang yang menghadiri solat tersebut (ikut berjemaah) dicatat baginya ganjaran 25 solat dan dihapuskan dari dosanya antara kedua solat itu."
(Hadis Riwayat Abu Dawud)


Daripada Jundub bin Abdullah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang bersolat subuh (pada waktunya secara berjemaah) maka dia berada dalam jaminan (keamanan dan perjanjian (Allah denan itu janganlah sampai Allah menuntut sesuatu kepada kamu daripada jaminan (perjanjian). (Jangan sampai kamu meninggalkan solat subuh) kerana sesungguhnya sesiapa yang dituntut oleh Allah daripada suatu jaminannya (perjanjiannya) tentu akan tercapai (berlaku), kemudian Allah menyembahkan mukanya ke dalam api neraka”. 
(Hadis Riwayat Muslim)

Huraian Hadith: 
Orang Islam disuruh solat 5 waktu berjemaah kerana terdapat fadhilat-fadhilat yang khusus lagi banyak.

Orang yang menunaikan solat 5 waktu khususnya solat subuh maka dia tetap berada dalam jaminan (tanggungjawab) Allah sepanjang hari.

Setiap orang yang menganiayai atau menghalang seseorang daripada beribadah, nescaya dia akan diazab oleh Allah SWT (dilemparkan ke dalam api neraka jahannam).

Dikhususkan (ditentukan) solat subuh dengan kelebihan ini kerana solat subuh lebih berat daripada solat-solat lain disebabkan waktu subuh adalah waktu sedang nyenyak tidur, pada musim sejuk pula sukar untuk berwudhuk dan bagi orang yang bekerja pula subuh adalah masa membuat persiapan untuk keluar bekerja.

Dengan meninggalkan solat subuh terbatallah jaminan yang diberikan Allah kepada hamba berkenaan.

Sumber: Kitab Riyadhus Salihin


Rasulullah S.A.W bersabda:
“Sesungguhnya solat yang paling berat bagi mereka yang munafik ialah solat Isyak dan solat Subuh, kalaulah mereka tahu kelebihan kedua-duanya nescaya mereka akan datang melaksanakannya meskipun dalam keadaan merangkak.” 
(HR Bukhari dan Muslim)

Ibnu Mas‘ud r.a meriwayatkan telah diceritakan kepada Rasulullah SAW berkenaan dengan seorang lelaki yang tidur di malam hari sehingga terlajak waktu Subuh, maka baginda SAW bersabda:
“Lelaki tersebut telah dikencing oleh syaitan di telinganya atau kedua telinga. ”
 (HR Imam Al-Bukhari)

Nabi SAW bersabda:
“Syaitan mengikat/membelenggu tengkuk di kalangan kamu yang tidur dengan tiga ikatan. Dia memukul di atas ketiga-tiga ikatan (sambil berkata): Malam masih panjang, teruskan tidur! Jika dia bangun lalu berzikir menyebut nama Allah Taala maka terungkailah satu ikatan, jika dia berwudhuk terungkailah ikatan berikutnya dan jika dia solat maka terungkailah semua ikatan. Maka pagi itu dia akan cergas dan baik jiwanya, jika tidak dia akan berpagi dalam keadaan jelek dan malas. ” 
(HR Al-Bukhari)


Rasullullah s.a.w pernah mendoakan umatnya, 
“Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (yaitu mengerjakannya).” 
(HR Tarmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah).

Saidina Uthman bin ‘Affan r.a meriwayatkan bahawa beliau telah mendengar Nabi SAW bersabda:
“Barangsiapa yang solat Isyak secara berjamaah seumpama bangun mengerjakan qiam separuh malam dan barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjamaah seumpama dia solat keseluruhan malam”. 
(HR Muslim.)


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, “Sungguh kamu akan melihat Allah, sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah.”
(HR Bukhari dan Muslim).




Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:"Sehampir-hampir Allah kepada hambaNya ialah di bahagian akhir malam. Dan sekiranya kamu berkuasa untuk menjadikan diri kamu salah seorang yang mengingati Allah di waktu ini maka lakukanlah". 
(Riwayat Tarmizi dan Abu Daud)

"Hendaklah kamu bangun malam kerana itu adalah kebiasaan amalan orang-orang yang soleh sebelum kamu. Sesungguhnya bangun malam itu mendekatkan diri kepada Allah, menutup segala dosa, menghilangkan penyakit kepada tubuh badan dan menjauhi kekejian".
(Hadith Riwayat Tarmizi)

Solat adalah Tiang Agama
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
"Kepala segala soal ialah Islam (menyerah diri),tiangnya ialah sembahyang dan puncaknya (Klimaksnya) ialah jihad fi sabilillah".
(Hadis riwayat Ahmad dan Tarmizi)

Solat ibadat yang pertama diwajibkan.
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
" Difardukan sembahyang atas Nabi s.a.w pada malam beliau di Isra'kan itu lima puluh waktu, kemudian dikurangi sehingga ditetapkan lima. Lantas nabi diseru, ya Muhammad! Sesungguhnya perkataan di sisiKu tidak dapat diubah lagi, dan sesungguhnya bagi engkau dengan sembahyang yang lima waktu ini (dinilai sama) dengan lima puluh waktu."
(Hadis riwayat Ahmad, An-Nasaei dan At-Turmuzi)

Solat merupakan ibadat yang pertama dihisab pada hari kiamat.
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
" Yang pertama sekali dihisab atas seorang hamba di hari kiamat nanti ialah sembahyang, maka jika baiklah sembahyangnya nescaya baiklah amalan-amalan lainnya dan jika rosak sembahyangnya, maka binasalah amal-amal yang lain."
(Hadis riwayat Thabrani)

"Sesungguhnya yang pertama difardukan oleh Allah atas manusia dari agama mereka ialah sembahyang dan yang pertama pula dihisab dengannya ialah sembahyang juga. Dan Allah berkata: Periksalah sembahyang hambaKu ini, maka jika sembahyangnya sempurna tuliskan sempurna, dan jika kurang, berkatalah Allah S.W.T : Adakah hambaKu itu melakukan sembahyang tathawuk (sembahyang sunat) , kalau ada sempurnalah sembahyang yang fardu itu kerana sembahyang sunatnya itu.
( Hadis riwayat Abu Ya'la)

Sembahyang merupakan wasiat terakhir Rasulullah s.a.w, yang terakhir yang ditujukan kepada seluruh umatnya ketika beliau berpisah dengan dunia ini.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
"Jagalah sembahyang, sembahyang dan apa yang dimiliki oleh tangan kananmu".
 (Hadis riwayat Ahmad)

Sembahyang merupakan garis pemisah antara Islam dan kafir.
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
"Beza antara seorang laki-laki (muslim) dengan kafir ialah meninggalkan sembahyang".
( Hadis riwayat Ahmad, Muslim, Abud Daud Turmizi dan Ibnu Majah )
Dalam hadis yang lain ditambahkan:
"Janji antara kami dan mereka ialah sembahyang, maka siapa yang meninggalkan sembahyang, maka sungguh telah kafirlah ia".
( Hadis riwayat Ahmad dan Ash-Habussunan)

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
"Sungguh akan runtuhlah tali Islam satu demi satu, maka setiap kali putus tali yang satu manusia akan bergantung (berpegang) dengan tali berikutnya. Maka yang pertama runtuh ialah hukum Islam dan yang terakhir ialah sembahyang".
( Hadis riwayat Ibnu Hibban )

Dalam sebuah hadis yang lain baginda menegaskan, sabda Rasulullah s.a.w bermaksud :
"Siapa yang menjaga dan memelihara sembahyangnya, menjadilah ia cahaya, keterangan dan kemenangan di hari kiamat. Dan barang siapa yang tidak menjaga sembahyangnya ia tidak akan mempunyai cahaya, keterangan dan kemenangan. Dan adalah ia bersama Qarun, Fir'aun, Haman dan Ubai bin Khalaf di hari kiamat".
( Hadis riwayat Ahmad, Thabrani, Ibnu Hibban)

Sembahyang merupakan jaminan masuk syurga.
 Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
"Lima sembahyang yang diwajibkan Allah atas hambaNya maka barangsiapa yang menegakkan sembahyang itu  dan tidak mensia-siakannya kerana mengaggap ringan dengan kewajipan sembahyang itu, maka ia telah memiliki janji dengan Allah, bahawa Allah akan memasukkannya kedalam syurga. Dan barangsiapa yang tiadalah ia mempunyai janji dengan Allah, jika Ia kehendaki Ia siksa dan jika Ia kehendaki akan dimasukkanNya kedalam syurga".
( Hadis riwayat Dara Quthny, Muslim, Ibnu Hibban )

Sembahyang adalah Syiar Islam yang utama dan merupakan tali penghubung antara hamba dengan Tuhannya.
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
"Sedekat-dekat hamba kepada Tuhannya, ialah dikala hamba itu sedang sujud (dihadapan Allah), oleh itu perbanyakkanlah doa dalam sujud".
( Hadis riwayat Muslim Daud dan An-Nasei )


Keutamaan Saf Yang Pertama
Nabi s.a.w bersabda: 
"Sesungguhnya Allah memberi rahmat dan malaikatnya pula mendoakan bagi orang-orang yang masuk menutup celah-celah saf sembahyang serta orang-orang yang merapatkannya; dan orang yang masuk menutup celah saf sembahyang itu (akan beroleh satu tambahan lagi, iaitu) diangkatkan Allah martabatnya dengan perbuatannya yang tersebut: satu darjat."
(Saidatina Aisyah r.a)

Kemuliaan Ramadan
Nabi s.a.w bersabda: 
"Sesungguhnya Allah memberi rahmat dan MalaikatNya pula mendoakan bagi orang-orang yang sembahyang pada saf pertama".
-Al-Bara' bin 'Aazib r.a-



Diriwayatkan dari Jabir bin Samirah ia berkata: 
“Rasulullah bersabda: “Tidakkah kalian ingin berbaris, sebagaimana para malaikat berbaris di hadapan Rabb mereka.” Maka kami bertanya, “Bagaimanakah para malaikat berbaris di hadapan Rabb?’ 
Beliau menjawab, “Mereka menyempurnakan barisan yang depan dan saling merapat di dalam saf.”
 (Hadis Riwayat Muslim)
“Sempurnakanlah saf pertama, kemudian saf berikutnya. Jika kurang (saf pertama telah penuh/tidak mencukupi), maka hendaklah ia mengambil saf yang belakang.” 
(Hadis Riwayat an-Nasa’i)
“Sebaik-baik saf bagi lelaki adalah yang paling hadapan dan seburuk-buruknya adalah yang paling belakang. Sebaik-baik saf wanita adalah yang paling belakang dan seburuk-buruknya adalah yang paling hadapan.” 
(Hadis Riwayat Muslim)
Diriwayatkan dari Anas, ia berkata, 
“Aku solat bersama seorang anak yatim di belakang Nabi s.a.w., dan ibuku (ummu Sulaim) di belakang kami.”
 (Hadis Riwayat Bukhari)
Diriwayatkan dari Anas,
 “Bahawa Rasulullah s.a.w. mengimaminya, dan seorang wanita bersama mereka, maka beliau menempatkannya di sebelah kanannya, dan wanita tersebut di belakang mereka.” 
(Hadis Riwayat Muslim)

Seorang lelaki boleh menjadi imam solat bagi isterinya atau salah seorang mahramnya. Dan tidak boleh seorang lelaki mengimami seorang wanita asing (bukan mahramnya) seorang diri, berdasarkan keumuman hadis berikut:

“Tidak boleh bagi seorang lelaki berduaan dengan seorang wanita, kerana yang ketiganya adalah syaitan.” 
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

Meluruskan saf adalah keutamaan.
Rasulullah s.a.w. sebelum memulakan solat, beliau berjalan merapikan saf dan memegang dada dan bahu para sahabat lalu bersabda, “Hendaklah kalian meluruskan saf-saf kalian atau Allah akan membalikkan wajah-wajah kalian.” 
(Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Di dalam riwayat Abu Hurairah r.a.. dia berkata, 
“Rasulullah biasa masuk memeriksa ke saf-saf bermula dari satu hujung (sisi) ke hujung yang lain, memegang dada dan bahu kami seraya bersabda, “Jangan lah kalian berbeza (tidak lurus safnya), kerana akan menjadikan hati kalian berselisih.”
 (Hadis Riwayat Muslim)

Dalam hadis yang lain yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari an-Nu’man bin Basyir: beliau berkata, “Dahulu Rasullullah meluruskan saf kami sehingga sampai seperti meluruskan anak panah hingga beliau memandang kami telah faham apa yang beliau perintahkan kepada kami (sehingga saf kami telah rapi – pent.), kemudian suatu hari beliau keluar (untuk solat) kemudian beliau berdiri, hingga ketika beliau akan bertakbir, beliau melihat seseorang yang dadanya terkehadapan, maka beliau bersabda:

“Wahai para hamba Allah, hendaklah kalian benar-benar meluruskan saf atau Allah akan memperselisihkan wajah-wajah kalian”. 
(Diriwayatkan oleh Muslim)

Diriwayatkan dari Anas r.a., Beliau bersabda, “Luruskan dan rapatkan saf-saf kalian, kerana sesungguhnya aku melihat kalian dari balik punggungku.” 
(Diriwayatkan oleh Abu Ya’la di dalam al-Musnad.  Sanad hadis ini adalah sahih menurut syarat al-Bukhari dan Muslim seperti disebutkan di dalam al-Silsilah al-Sahihah)

Dari Ibnu Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, “Rapatkanlah saf, dekatkan (jarak) antara saf-saf itu dan ratakan bahu-bahu.” 
(Hadis Riwayat Abu Daud dan an-Nasai, disahihkan oleh Ibnu Hibban)
Di dalam riwayat lain, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya, aku melihat syaitan masuk di celah-celah saf, sebagaimana masuknya anak kambing.” 
(Diriwayatkan oleh Abu Daud, an-Nasa’i & Ahmad)

Dari Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Tegakkan saf-saf kalian dan rapatkan bahu-bahu kalian dan tutuplah celah-celah dan jangan kalian tinggalkan celah untuk syaitan, barangsiapa yang menyambung saf nescaya Allah akan menyambungnya dan barangsiapa memutuskan saf nescaya Allah akan memutuskannya.” 
(Hadis Riwayat Abu Daud, no. 666 di dalam Sunannya. Disahihkan oleh Ibnu Khuzaimah dan al-Hakim)

Dari Nu’man bin Basyir r.a. berkata: “Aku melihat seseorang merapatkan bahunya dengan bahu saudaranya, merapatkan (melekatkan) lututnya dengan lutut saudaranya dan mendekatkan mata kakinya dengan mata kaki saudaranya.” 
(Hadis Riwayat al-Bukhari)

Dari Anas bin Malik r.a. berkata: “(Pada waktu solat) masing-masing dari kami meratakan bahunya dengan bahu saudaranya dan telapak kakinya dengan telapak kaki saudaranya.” 
(Hadis Riwayat al-Bukhari)

“Baginda menghadapkan hujung-hujung kedua-dua jari-jemari kaki baginda ke arah Kiblat”. 
(Hadis Riwayat Bukhari dan Abu Daud)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
" Khabarkan berita gembira kepada mereka yang berjalan ke masjid dalam keadaan gelap bahawa mereka akan mendapat cahaya yang sempurna pada hari kiamat kelak".

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
"Tempat yang paling dicintai Allah SWT diatas muka bumi ialah masjid dan tempat yang paling dibenci ialah pasar-pasar".
(Hadith Riwayat Muslim)

Dari Abu Said Al-Khudri r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: 
"Barangsiapa mencintai masjid dia akan dicintai oleh Allah". 
(Hadith Riwayat Tabrani)

Rasulullah s.a.w bersabda: 
"Setiap langkah yang dilakukan untuk menuju ke masjid oleh seorang hamba itu diperkira baginya dan ditulis sebagai kabajikannyaa, manakala menanti sembahyang ke satu sembahyang yang lain itu diperkira sebagai amalan taqarrub(link) kepada Allah".

Hadis riwayat Tsauban ra. maula Rasulullah saw.: 
"Bahawa Rasulullah saw bersabda: "Barang siapa mensolati jenazah, maka ia mendapatkan satu qirath. Jika ia menghadiri penguburannya, maka ia mendapatkan dua qirath. Satu qirath sama dengan gunung Uhud "
(Hadis dalam kitab Sahih Muslim)

Daripada Anas bin Malik r.a berkata, seorang lelaki daripada Ansar mengimami solat di Masjid Quba'.Setiap kali dia memulakan bacaan surah di dalam solat ia akan memulai dengan surah al-Ikhlas kemudia barulah disambung dengan bacaan surah yang lain. Dia berbuat demikian pada setiap rakaat. Perbuatan itu menjadi bualan dikalangan para sahabat, lalu mereka berkata,"Kamu sentiasa memulai pembacaan surah dengan surah al-Ikhlas, seolah-olah kamu menyangka tidak akan diberi pahala tanpa berbuat demikian. Maka dengan itu eloklah sekiranya kamu memulai pembacaan surah hanya dengan surah al-Ikhlas sahaja atau meninggalkannya dan hanya membaca surah yang lain!"
Lantas lelaki itu berkata."Aku tetap tidak akan meninggalkannya! Sekiranya kamu suka aku mengimamkan kamu dengan aku tetap membaca surah al-Ikhlas itu, aku akan melakukannya. Sekiranya kamu tidak menyukainya, aku berundur."
 Dalam masa yang sama mereka mendapati imam tersebut adalah yang terbaik dikalangan mereka serta tidak suka untuk berimamkan kepada yang lain. Apabila Rasulullah tiba lantas mereka menyampaikan berita tersebut. Rasulullah s.a.w lalu bersabda yang bermaksud: "Wahai sifulan! Adakah yang menghalang kamu daripada menuruti kehendak sahabat-sahabatmu. Kenapakah kamu masih bertahan untuk mengekalkan bacaan surah (al-Ikhlas) tersebut pada setiap rakaat?" 
Lelaki itu menjawab,"Wahai Rasulullah s.a.w! Sesungguhnya aku menyukainya"(al-Ikhlas). 
Lantas dijawab oleh Rasulullah s.a.w."Kamu mengasihi semata-mata kerananya maka ia akan memasukkan kamu ke dalam syurga!" 
-Al-Bukhari dan al-Tirmizi


Dari Abu Hurairah pula, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Seandainya orang-orang tahu (pahala) yang terdapat di dalam seruan (azan) dan barisan (saf) pertama kemudian mereka tidak mendapatkan cara untuk mencapainya kecuali dengan cara melakukan undian, pasti mereka akan mengadakannya.” 
(Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim)

“Sesungguhnya Allah ‘azza wa jalla dan para Malaikat-Nya berselawat ke atas barisan (saf) yang pertama atau saf yang awal.” 
(Dinilai hasan oleh al-Albani di dalam Sahih at-Targhib wa at-Tarhib, 1/197)


HARI JUMAAT
Hadis Abu Hurairah r.a katanya: 
Rasulullah s.a.w telah bersabda: 
Kita adalah orang-orang yang terakhir dan kita jugalah orang-orang yang mendahului umat manusia pada Hari Kiamat. Setiap umat dikurniakan Kitab sebelum kita. Kemudian kita pula diberi kitab sesudah mereka. Oleh itu, inilah hari yang ditentukan oleh Allah untuk kita. Allah memberi petunjuk kepada kita pada hari tersebut. Umat-umat lain akan mengikuti kita pada hari itu, kaum Yahudi esok dan kaum Nasrani lusa.
(Hadis Riwayat Imam Muslim-kitab Sahih Muslim)




13 comments:

Anonymous said...

izin copy..assalamualaikum...

Mengharap RedhaMu said...

waalaikumussalam...silakan...moga2 dipanjangkan lagi....

Nurdiana Aniff said...

Alhamdulillah... terlalu banyak perkongsian mengenai solat. Terima kasih. Berkelapangan, jemput lawat blog kindhearty.blogspot.com.

Biskut Perang said...

Assalammualaikum , izinkan saya meng'copy" post ini...

Unknown said...

Assalamualaikum, mohon share

Hjestima said...

Jazakallah ats perkongsian ilmu...

Rahman said...

Alhamdulillah...sangat bermanfaat
Subhanallah

amy said...

Tuan
Dalam alquran tuhan tak terpericikan cara solat Dan dalam pun nabi tak terperincikan cara solat
Saolan says
Dari mana kita ciplak cara sembahyang yang kita laluan sekarang ini

Unknown said...

Izin copy

Unknown said...

Jazakallah khair penulis kitab siapa tuan terang Dan jelas

Unknown said...

izinkan saya untuk copy yaaa

Anonymous said...

Halalkan utk saya copy...tq

Anonymous said...

Assalamualaikum ustaz , saya mohon izin share hadith2 tersebut.

Ada baik dibaca juga.....