Hadith Berkaitan Rezki



Hadith berkaitan REZEKI



Berkata Nabi di dalam hadis yang diriwayatkan oleh at-Tabarani di dalam al-Awsath:

باكروا الغدو -أي الصباح- في طلب الرزق، فإن الغدو بركة ونجاح'

"Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkat dan kejayaan."


Telah thabit dari Nabi SAW bahawasanya baginda berdoa kepada Allah supaya memberkati umatnya yang berpagi-pagi, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ashab as-Sunan yg empat dan Ibn Hibban dalam Sahihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah r.ha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka baginda bersabda:


يا بنية قومي اشهدي رزق ربك، ولا تكوني من الغافلين، فإن الله يقسم أرزاق الناس ما بين طلوع الفجر إلى طلوع الشمس 
"Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari." 
(Hadis Diriwayatkan al-Baihaqi)



Dari Abdullah bin Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa menghadapi kesempitan dalam rezekinya kemudian dia mula meminta-minta kepada orang lain, maka kesempitan itu tidak akan hilang. Dan barangsiapa menghadapi kesempitan dalam rezeki kemudian dia meminta kepada Allah maka Allah menyediakan kepadanya rezeki dengan segera, sama ada dengan cepat atau dilambatkan sedikit". 
(HR Tirmizi)


Dari Anas bin Malik r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya apabila orang-orang kafir mengerjakan kebajikan di dunia dia diberi upah dengan amalnya itu berupa rezki di dunia. Sedangkan orang-orang mukmin, pahala kebajikan disimpan Allah Ta'ala untuknya di akhirat kelak serta diberinya rezki di dunia berhubung dengan taatnya".
(Riwayat Muslim)


Galakan mencari rezki yang halal
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
 “ Sesungguhnya roh al-Qudus telah datang kepada aku memberitahu bahawa seseorang itu tidak akan mati selagi tidak sempurna rezeki Allah S.W.T. kepadanya. Maka takutlah kepada Allah S.W.T. dan berusahalah dengan baik; dan lambatnya datang sesuatu rezeki itu janganlah menjadi pendorong kepada kamu untuk melakukan usaha mencari rezeki berbentuk maksiat kerana sesungguhnya rezeki Allah S.W.T. tidak akan dapat diperolehi melainkan dengan cara ketaatan.”

(Riwayat Ibn Majah dan al- Tabrani)


Dari Ibnu ‘Abbas r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: 
"Barangsiapa yang beristiqamah dalam beristighfar, Allah akan memberi jalan keluar dari setiap kesempitan, menghindarkan dari setiap kecemasan dan memberi rezeki daripada sumber yang tidak disangka-sangka".
(HR Abu Daud)

Daripada Abu Zar r.a , Rasulullah s.a.w bersabda:
"Manusia yang paling berdukacita pada hari kiamat kelak ialah orang yang berusaha mencari harta yang tidak halal(haram). Maka ia akan masuk dengan sebab itu ke neraka".
(Hadith Riwayat Imam al-Bukhari)

Daripada Abu Zar r.a , Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya Allah s.w.t mengasihi hambaNya Mukmin yang berusaha (mempunyai pekerjaaan)".
(Hadith Riwayat Imam Ahmad)

Daripada Abu Zar r.a Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya Allah s.w.t suka melihat hambaNya berusaha dengan berpenat lelah mencari rezki yang halal". 
(Hadith Riwayat al-Dailami)

Daripada Jabir bin Abdullah r.a katanya: 
"Baginda Rasulullah s.a.w mengutuskan kami sebagai pasukan dan menjadikan Abu Ubaidah r.a sebagai pemimpin kami untuk menghadapi orang-orang Quraisy. Kami dibekalkan bungkusan yang berisi kurma sebab hanya itu yang ada. Abu Ubaidah membahagikan kurma itu satu oersatu kepada kami.
Lantas saya bertanya kepadanya: 'Bagaimana kamu membahagikan kurma-kurma itu?' 
Abu Ubaidah menjawab: 'Kami menyedutnya seperti bayi sedang susu. Kemudian kami minum air lebihan rendaman kurma itu. Satu buah kurma cukup sebagi makanan kami dari siang hingga malam. Dan kami memukulkan tongkat kami untuk menjatuhkan dedaunan dari pohonnya, lalu kami basahi dan memakannya.'
"Kemudian kami bertolak ke pantai. Tiba-tiba kami melihat sesuatu yang sebesar bukit pasir yang besar. Kami pun menghampirinya. Ternyata ia adalah seekor binatang laut yang disebut 'anbar. 
Abu Ubaidah berkata: 'Ia adalah bangkai.'
Kemudian Abu Ubaidah berkata lagi: 'Tidak mengapa. Kita adalah utusan baginda Rasul yang berada di jalan Allah dan senang dalam keadaan terpaksa. Makanlah.'
"Kami tinggal di tempat itu selama sebulan dan jumlah kami ketika itu adalah tiga ratus orang. Kerana sering makan daging, kami pun gemuk. Kami mengambil minyak dari rongga matanya dengan menggunakan tempayan besar. Kemudian kami memotong daging sebesar lembu jantan. Lantas Abu Ubaidah menyuruh tiga belas orang daripada kami untuk didudukkan di dalam rongga mata anbar. Kemudian dia mengambil salah satu rusuknya dan dia tegakkan. Abu Ubaidah pun mengambil unta yang paling besar dan melihat orang yang paling tinggi antara kami, lalu disuruhnya orang itu menaiki unta itu dan ternyata unta itu boleh melenggang dibawah tulang rusuk yang ditegakkan itu.
Kami juga membuat dinding daripadanya sebagai bekalan kami. Apabila kami sampai di Madinah, kami langsung menemui baginda Rasul dan berkata dan menceritakan apa yang berlaku. 
Baginda pun bersabda: 'Ini adalah rezki yang Allah keluarkan untuk kamu. Adakah kamu membawa dagingnya sedikit supaya kami dapat merasa?' 
Lantas kami kirimkan daging itu kepada baginda dan baginda pun memakannya."
(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Dari 'Amr bin Abu Salamah radhiallahu 'anhuma, katanya: "Rasulullah SAW  bersabda kepadaku:  "Ucapkanlah Bismillah dan makanlah dengan tangan kananmu serta makanlah dari makanan yang ada di dekatmu." 
(Muttafaq 'alaih)

Dari Umayyah bin Makhsyi as-Shahabi r.a., katanya: "Rasulullah SAW (pada suatu ketika) duduk di situ ada seorang lelaki yang makan lalu tidak mengucapkan Bismillah, sehingga makanannya tidak tertinggal melainkan sesuap saja. Setelah orang itu mengangkatkan sesuatu yang tertinggal tadi di mulutnya, tiba-tiba dia mengucapkan: 'Bismillahi awwalahu wa akhirahu.' Kemudian Nabi SAW. ketawa lalu bersabda: "Tidak henti-hentinya syaitan tadi makan bersama orang itu. Tetapi setelah dia ingat untuk mengucapkan nama Allah (yakni setelah membaca Bismillah), maka syaitan tadi memuntahkan seluruh makanan yang telah ada dalam perutnya. 
(Hadis Riwayat Abu Dawud dan Nasa'i)


  عَنْ أَبِي عَبْدِ الله النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيْر رَضِيَ الله عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ الله صلى الله عليه

وسلم یَقُوْلُ: (( إِنَّ الحَلاَلَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الحَرَامَ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا أُمُوْرٌ مُشْتَبِهَاتٌ لا یَعْلَمُهُنَّ آَثِيْ رٌ

مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ فَقَدِ اسْتَبْرَأَ لِدِیْنِهِ وَعِرْضِهِ وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي

الحَرَامِ آَالرَّاعِي یَرْعَى حَوْلَ الحِمَى یُوشِكُ أَنْ یَرْتَعَ فِيْهِ. أَلاَ وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمَى، أَلاَ وَإِ نَّ

حِمَى اللهِ مَحَارِمُهُ. أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ آُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ

الْجَسَدُ آُلُّهُ، أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ)). }}رواه البخاري ومسلم{{.

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a.( رضي الله عنهما )beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.Ketahuilah ia adalah hati.


(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.)



Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, 
“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” 
(HR. Tirmidzi, disahihkan Al Albani dalam Sahih At Tirmidzi, 614)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:"Sesiapa yang sentiasa beristigfar Allah akan memberikan pelepasan daripada setiap kesusahannya, memberikannya jalan penyelesaian kepada setiap kesempitannya dan Dia akan memberikannya rezeki dari punca-punca yang dia tidak pernah menyangkannya."
(Riwayat Abu Dawud, al-Nasa'i, Ibn Majah dan lain-lain)




12 comments:

sohoque said...

salam. mohon untuk petik salah satu hadith di dalam entri ini ya

Mengharap RedhaMu said...

silakan....moga dapat memberi manfaat pada kita semua.

Anonymous said...

Assalamualaikum...mohon petik bbrapa hadis dlm entri ni...utk dpanjangkan kpd sahabat2 dluar..
Wallahualam..

Anonymous said...

Assalamualaikum...mohon share hadis dlm entry ni ya..terima kasih.

Mengharap RedhaMu said...

silakan sekiranya bermanfaat untuk kita semua....moga2 dengan ini dapat kita lebih memahami kehidupan kita insya'allah.

Anonymous said...

Mohon utk share hadis ni buat sahabat di luar sana.....minta diizinkan....

Mengharap RedhaMu said...

silakan moga ianya memberi manfaat pada kita semua

zaidi_kamalludin said...

Slm Mohon share yer

nor hidayah musa said...

Mohon copy paste ya

rusdi espy said...

Mohon coppy ye

Unknown said...

Sumber yg banyak memberi pembaca peluang dlm mendidik diri dan haty. Artikel Tuan buat saya berminat untuk simpan dan berkongsi. Terima kasih untuk itu dan semoga ia menjadi salah satu asbab kebaikan buat tuan juga buat semua.
Inn syaa Allah. =)

Anonymous said...

Artikel yang bermanfaat dalam erti rezeki berpagian dan lain2.
Mohon izin untuk mengambil dan kongsi kepada yang lain

Ada baik dibaca juga.....